Pogba tidak akan sertai mana-mana pasukan

LONDON – Bintang Manchester United, Paul Pogba tidak akan menyertai mana-mana pasukan sebaliknya akan terus kekal di Old Trafford meskipun dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Real Madrid dan Juventus.

Musim lalu, Pogba menjadi penjaring terbanyak United selain turut menjadi individu penting ketika mencipta jaringan pasukan dengan 15 gol serta sembilan bantuan jaringan dalam semua pertandingan.

Walaupun cemerlang, Pogba berdepan pelbagai krit1kan ekoran sikapnya yang malas semasa berada dalam padang.

Selepas beberapa keputusan luar jangkaan, United gagal mendapatkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara dan berada di kedudukan keenam liga sekali gus berada dalam saingan Liga Europa.

Beberapa minggu lalu, Pogba memberi bayangan yang dia mahukan cabaran baharu dan selepas itu dia dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar.

Menurut laporan wartawan BBC, David Ornstein, Pogba berkemungkinan akan kekal selama semusim lagi di Old Trafford.

“Pada awal jendela perpindahan ini, Real ada beberapa sasaran utama iaitu Eden Hazard, Kylian Mbappe serta Christian Eriksen dan Pogba tiada dalam senarai teratas.

“Saya boleh katakan dia akan kekal bersama United. Kemungkinan dia akan meninggalkan United adalah satu daripada 10,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*