“Sampai Licin Akaun Bank Kau Kerjakan”, Duit Bapa Dihabiskan Anak Untuk Beli Messi

Bermain permainan video menjadi kegilaan ramai terutama anak muda termasuk kanak-kanak pada hari ini. Ibu bapa kini nampaknya sudah mempunyai pandangan berbeza mengenai permainan video apabila anak-anak lebih bebas malah ada yang mendapat sokongan untuk bermain video games.

Kita tidak boleh menyalahkan golongan ibu bapa kerana dunia hari ini sudah mula berubah apabila seseorang itu boleh menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit hanya dengan bermain video games sahaja.

Bagaimanapun, bagi anak-anak yang masih kecil, ibu bapa sepatutnya tetap mengawal dan memeriksa permainan apa yang dimainkan oleh mereka.

Jika tidak, anda kemungkinan akan menghadapi masalah yang sama seperti lelaki ini.

Menurut laporan The Sun, seorang bapa telah mengalami kerugian sekitar £550(~RM2840) apabila empat orang anaknya membeli pek pemain dalam permainan video bola sepak menerusi konsol permainan Nintendo Switch yang dimiliki mereka.

Gambar Hiasan(Foto: YouTube MGT)

Dalam salah satu mod di permainan video tersebut, pemain permainan perlu membeli pek pemain untuk mendapatkan bintang bola sepak pilihan mereka untuk menghasilkan sebuah pasukan yang kuat.

Akan tetapi, bintang bola sepak dalam setiap pek pemain itu dirahsiakan dan pemain permainan tidak mengetahui siapa bintang yang bakal diperolehi mereka.

Ini menjadikannya seolah-olah satu pertaruhan nasib dan ada yang menganggapnya sebagai perjud1an.

Empat orang anak kepada lelaki ini mahu mendapatkan bintang Barcelona, Lionel Messi dan mereka berusaha sehingga membelanjakan wang bernilai £550 bagi mendapatkannya, namun masih lagi gagal.

Apa yang menyedihkan, wang yang mereka belanjakan itu adalah dari akaun bank milik bapa mereka yang telah diseragamkan pada konsol berkenaan.

Akibat perbuatan itu, akaun bank bapa mereka telah kosong dan ia menyebabkan lelaki itu ber@ng sekaligus mengambil keputusan untuk ‘menyita’ konsol itu daripada anak-anaknya.

Namun, selepas aduan dibuat, pihak Nintendo bersetuju untuk mengembalikan wang milik lelaki tersebut sepenuhnya dan semua pek pemain yang sudah dibeli ditarik balik.

“Saya sudah menghabiskan wang yang banyak untuk membeli permainan itu, kini mereka mahu saya belanja lagi dalam permainan video pula. Ia sangat tidak beretika,”kata lelaki tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber: The Sun via SiakapKeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*