Perlawanan Tetap Diteruskan Walaupun Hanya Miliki 7 Pemain

Bolton Wanderers, kelab bola sepak yang satu ketika dahulu pernah menghiasi saingan penuh glamor Liga Perdana Inggeris (EPL) kini hanya mempunyai tujuh pemain profesional bersama mereka.

Namun ia tidak menghalang kelab tersebut dari melakukan persiapan untuk pra musim menjelang musim baharu Liga Inggeris, apabila bakal berhadapan York City dalam satu perlawanan persahabatan pada hari ini.

Untuk itu, Bolton dikatakan merancang untuk menurunkan pemain muda, kebanyakkannya dari kalangan skuad remaja.

BOLTON, ENGLAND – APRIL 09: A general view ahead of the Barclays Premier League match between Bolton Wanderers and West Ham United at Reebok Stadium on April 9, 2011 in Bolton, England. (Photo by Chris Brunskill/Getty Images)

 

Bolton telah diisytiharkan muflis sebelum ini dan diletakkan di bawah pentadbiran khas. Dan walaupun proses pengambilalihan oleh sebuah konsortium baharu dijangka selesai dalam tempoh terdekat, ketidatentuan menyebabkan kelab tersebut kini hanya memiliki tujuh pemain profesional.

Daripada tujuh pemain tersebut pula, dua adalah penjaga gol dan tidak ada seorang pun daripada mereka adalah pemain pertahanan.

Musim lalu Bolton telah tersingkir daripada Championship dan akan memulakan saingan di EFL League One pada musim ini dengan 12 mata telah ditolak – sebagai hukvman muflis dan pentadbiran khas pada Mei lalu.

Bolton dijangka akan menerima hvkuman susulan selepas ini setelah gagal menampilkan pasukan pada perlawanan terahir musim lalu – walaupun pemain sudah dibenarkan kembali ke pusat latihan untuk latihan pra musim.

Berbaki tiga minggu sebelum sepak mula musim baharu, pihak kelab dikatakan yakin mereka mampu mengumpulkan jumlah pemain yang mencukupi dengan syarat proses pengambilailhan diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Pengurus pasukan, Phil Thompson dikatakan sudah mempunyai senarai pemain dan tawaran untuk mendapatkan pemain secara pinjaman dari kelab lain turut telah dihantar.

Ia pasti musim yang amat mencabar bagi Bolton Wanderers.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*