Memori terindah Neymar adalah ketika Barcelona bangkit tewaskan PSG

PARIS – Neymar mendedahkan bahawa aksi Liga juara-Juara 2016-17 yang menyaksikan Barcelona bangkit menewaskan Paris-Saint Germain (PSG) adalah momen terbaik dalam karier bola sepak dirinya.

Bintang Brazil itu sedang berteg4ng leher bersama PSG selepas dia did4kwa sedang mencari jalan untuk kembali menyertai Barcelona.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo mengesahkan bahawa Neymar boleh meninggalkan kelab itu sekiranya ada kelab sanggup memenuhi bayaran yang ditetapkan.

Neymar menyertai PSG daripada Barcelona pada harga 222 juta euro (RM1.06 bilion) dan lima bulan sebelum itu, dia memainkan peranan besar ketika menyingkirkan juara Perancis itu daripada aksi kalah mat1 Liga Juara-Juara.

PSG merekodkan kemenangan 4-0 dalam aksi pertama sebelum Barcelona bangkit dengan kemenangan 6-1 di Camp Nou dengan Neymar menjaringkan dua gol selepas minit ke-88 bagi mencipta sejarah terhebat dalam kancah bola sepak Eropah.

“Saat terindah sebagai pemain? Ada dua, satu ialah ketika memenangi Sukan Olimpik bersama Brazil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Desde pequeno sempre foi um objetivo chegar a este momento. Muito orgulho de ter mais uma oportunidade de defender a seleção do meu país ❤️🇧🇷🙏🏽 obrigado Deus . . 📸 @nogueirafoto

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

“Satu lagi ialah ketika menentang Paris. Apa perasaan kami selepas jaringan keenam…saya tidak pernah rasakannya. Sangat luar biasa.

“Ketika kami menang menentang PSG dengan Barcelona…situasi luar biasa. Ia adalah perasaan luar biasa buat kami semua,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pra você meu amor ❤️🥰😍 Parabéns pelo teu dia, minha Rainha 👑 @nadine.goncalves . 📸 @nogueirafoto

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*