‘Anda harus sertai Real…’ -Saee Seck

KAHERAH, Mesir: Bos Persatuan Bolasepak (FA) Senegal, Saee Seck menggesa supaya bintang Liverpool, Sadio Mane menyertai Real Madrid musim ini.

Pemain sayap Liverpool itu memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris selepas membantu kempen terakhir ketika The Reds muncul juara Liga Juara Juara tetapi pada masa sama pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane adalah peminat terbesar pemain berusia 27 tahun itu.

Malah, Seck yakin musim ini adalah masa paling tepat buat Mane berpindah ke Santiago Bernabeu. 

“Semua orang di dunia tahu Mane adalah salah seorang daripada 10 pemain bola sepak terbaik dunia dan dia mencapai kejayaan besar di Liverpool musim lalu,” kata Seck.

“Gandingan dia bersama Mo Salah dan Firmino adalah luar biasa. Tetapi ini bola sepak dan dia memenangi Liga Juara Juara musim lalu dan dia kini ada peluang ke Madrid.

“Bagi saya ia adalah kelab terbaik di dunia. Walaupun saya seorang peminat Barcelona tetapi saya tetap rasakan Real adalah yang terbaik dan Mane perlu berfikir mengenai tawaran itu secara serius.

“Karier dalam bola sepak sangat unik dan kadang kala anda tidak mendapat banyak peluang, dan saya rasa Zidane menyukainya, mengapa tidak?

“Dia bermain di Southampton dan apabila peluang datang, dia menyambarnya dan pergi ke Liverpool malah mengharungi cabaran dengan baik di England.

“Saya rasa dia akan lakukan yang terbaik dengan cabaran berbeza yang akan diterima di negara lain.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*