KUALA LUMPUR – Pencapaian cemerlang Indra Putra Mahayuddin yang telah meled4k lebih 100 gol dalam aksi Liga Super sepanjang kariernya mendapat penghargaan daripada rakan penaja Liga Malaysia (Liga M), 100Plus.
Semalam, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Engku Isyamuddin Tuan Losin memberikan penghargaan itu sebelum perlawanan Liga Super di antara Kuala Lumpur menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Pada April lalu, Indra Putra yang bakal menginjak usia 38 tahun pada 1 September ini, meled4k gol ke-100 ketika menentang PKNS FC dalam aksi di Shah Alam.
Kejayaan Indra, yang merupakan pemain Malaysia pertama melakar pencapaian itu turut mendapat penghormatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : IG mfl_my via UTUSAN ONLINE
Leave a Reply