Inter Milan hantar pulang Icardi

LONDON – Inter Milan telah menghantar penyer4ng Mauro Icardi pulang dalam masa sama mengesahkan pemain berkenaan tidak akan turut serta dalam aksi jelajah Asia, demikian pengumuman kelab itu.

Ketika ini kelab Itali berkenaan sedang menjalani latihan di Switzerland sebelum berdepan aksi persahabatan menentang Manchester United, Juventus, Paris Saint-Germain, Tottenham dan Valencia.

Pemergian bekas kapten, Icardi itu mungkin bermakna itu adalah hari terakhir dia bersama Nerazzurri.

Icardi mengalas tugas kapten semasa musim 2018-19 dan tanggungjawab itu digantung selepas timbul ketegangan antara dia dan kelab.

Inter Milan hanya mengeluarkan kenyataan ringkas yang memberitahu keputusan berkenaan di buat berdasarkan persetujuan bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*