Berentap semula selepas 22 tahun

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya bekas murid sekolah di Shah Alam melibatkan SRK Seksyen 6 dan SRK Raja Muda membuat perhitungan kembali selepas 22 tahun menerusi sukan bola sepak, Sabtu lalu.

Salah seorang pemainnya, Mohammad Yunus Nasib, yang juga bekas murid sekolah Seksyen 6 berkata, objektif utama pertembungan semula itu adalah mengeratkan ukhuwah selepas lama terputus menerusi sukan paling popular di dunia itu.


“Sangat seronok perlawanan pada malam itu. Lebih 60 penonton hadir menyaksikannya. Sekolah Seksyen 6 seramai 23 pemain, manakala Raja Muda 21.

“Selain mengeratkan ukhuwah di antara kami setelah sekian lama terpisah, ia juga sebagai satu ajakan kepada rakan-rakan untuk keluar bersukan demi menjaga kesihatan.

“Saingan berakhir dengan Seksyen 6 tewas 0-2 kepada Raja Muda. Bagaimanapun bagi saya kedua-duanya adalah pemenang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Mohammad Yunus, kali terakhir kedua-dua sekolah tersebut berentap adalah pada 1997 sebagai murid darjah enam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*