Reds terus kempunan

LONDON: Liverpool dipalit kekalahan 0-3 kepada Napoli dalam aksi persahabatan pra-musim di Edinburgh, awal pagi tadi, seminggu sebelum dijadual bertemu Manchester City pada aksi Piala Perisai Komuniti, Ahad ini.

Kekalahan di Murrayfield menyaksikan juara Eropah itu tidak merasai sebarang nikmat kemenangan dalam empat perlawanan persahabatan terakhir apabila tewas kepada Borussia Dortmund dan Sevilla serta seri menentang Sporting Lisbon.

Lorenzo Insigne, Arkadiusz Milik dan Amin Younes meledak buat skuad Serie A itu dalam perlawanan yang disaksikan 65,000 penonton dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menurunkan kesemua 21 pemain yang disenaraikan.

Insigne meled4k gol pembukaan menerusi rembatan lencong pada minit ke-17 dan skuad kendalian Carlo Ancelotti membuktikan penguasaan apabila menggandakan kelebihan sebelum setengah jam perlawanan berlangsung.

Jaringan yang disempurnakan Milik itu berpunca daripada umpanan Insigne.

Liverpool berjaya mencipta jaringan menerusi Georginio Wijnaldum tetapi ia dibatalkan susulan ofsaid.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*