Pogba akan kekal di United

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Paul Pogba akan kekal di Old Trafford biarpun pemain tersebut hangat dikaitkan bakal berpindah ke Real Madrid atau Juventus.

 

Pogba berkata, kedudukannya di United masih menjadi tanda tanya biarpun diturunkan sewaktu membel4sah Chelsea 4-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris 11 Ogos lalu.

Pada ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris sudahpun ditutup, pasaran La Liga dan Serie A masih dibuka sehingga 2 September, sekali gus menghidupkan spekvlasi penghijrahannya ke Madrid atau membuat kepulangan sensasi ke Juventus semula.

Solskjaer, bagaimanapun enggan mengambil pusing berhubung spekulasi pemain tengah, Pogba itu dan mahu memberikan fokus terhadap aksi seterusnya menent4ng Wolves awal pagi nanti.

“Anda (media) sering menimbulkan tanda tanya kepada Paul. Saya tidak rasa dia tidak menikmati perlawa4nan, saya bagaimanapun seronok bersama nak-anak buah saya.

“Saya gembira dalam melakukan apa yang sedang saya lakukan. Saya sukakan kerjaya saya dan menikmati perl4wanan.

“Sudah tentu ada beberapa persoalan akan timbul berhubung kedudukan Paul. Tiada satu sidang akhbar pun yang saya tidak menjawab tentang Paul. 80 peratus apa yang dikatakan pemain itu adalah dia menikmati perlawan4n di sini.

“Saya semenangnya tiada perkara baharu ingin disampaikan. Bagi saya, ya, dia akan kekal di Old Trafford,” katanya.- AGENSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*