No. 1 Malaysia jumpa No. 1 dunia

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia akan membuat perhitungan dengan pemain No. 1 dunia, Kento Momota selepas mereka berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Basel, hari ini

Dalam aksi pusingan ketiga, Zii Jia terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum menang 21-15, 11-21, 22-20 atas Kenta Nishimoto yang juga pilihan kelapan kejohanan.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia berjaya mencapai sasaran awalnya untuk layak ke saingan suku akhir kejohanan itu.

Momota yang juga juara bertahan melangkah ke aksi lapan terbaik selepaa menundukkan H. S. Prannoy 21-19, 21-12.

Kedua-dua pemain akan membuat perhitungan buat kali ketiga dengan bintang Jepun itu memiliki rekod 2-0 ke atas Zii Jia dengan kali terakhir mereka bertemu di Piala Sudirman, Mei lalu. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*