Jerman beraksi tanpa Sane

BERLIN – Jurulatih Jerman, Joachim Loew menggesa skuad Die Mannschaft untuk bangkit dalam uj1an pertama mereka menghadapi Belanda dalam kelayakan Eropah (Euro) 2020 di Hamburg, esok meskipun ketiadaan pemain sayap Manchester City, Leroy Sane.

Sane antara tonggak Jerman tidak dapat beraksi akibat keceder4an termasuk Julian Draxler dan Thilo Kehrer selepas ligamen lututnya koy4k ketika beraksi bersama City menent4ng Liverpool dalam Piala Perisai Komuniti pada bulan lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan lima gol untuk Jerman daripada enam perlaw4nan terakhir mereka.

Begitu pun, rakan sepasukannya, Marco Reus berharap ketiadaan Sane tidak dijadikan alasan sebaliknya pemain yang diturunkan perlu menunjukkan aksi terbaik.

“Leroy mencipta banyak ruang dan itu amat penting untuk pasukan namun kami ada ramai pemain berkualiti yang boleh menggantikan tempatnya,” kata Reus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*