Neymar tetap gembira walaupun usahanya gagal – Enderson

LONDON  – Penjaga gol Brazil, Enderson memberitahu bahawa Neymar tetap gembira bersama rakan sepasukan kebangsaan biarpun penyer4ng berkenaan gagal dalam usahanya untuk kembali menyertai Barcelona.

Difahamkan Barcelona gagal menandatangani penyer4ng itu daripada Paris Saint-Germain (PSG) sebelum tarikh tutup perpindahan pada Isnin.

Bagaimanapun, kekecew4an itu diketepikan oleh Neymar sepanjang bersama kem latihan Brazil malah Enderson sendiri mengakui penyer4ng berkenaan menunjukkan reaksi seperti tiada apa-apa berlaku apabila bersama rakan-rakan lain.

“Sudah tentu Neymar amat gembira bersama kami.

“Dalam masa sama saya tidak pasti sama ada dia boleh bermain atau tidak kerana hanya jurulatih lebih mengetahui.

“Buat masa saya dapat melihat dia (Neymar) gembira malah semua pemain yang dapat menyarung jersi Brazil pastinya gembira,” kata Enderson.

Skuad Brazil akan berdepan perlaw4nan persahabatan antarabangsa menent4ng Colombia pada Jumaat sebelum menent4ng Peru pada 10 September. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*