De Bruyne, Stones kembali ceriakan City

MANCHESTER: Kevin De Bruyne dan John Stones kembali menyertai latihan Manchester City sebagai persiapan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) melaw4n Crystal Palace, hujung minggu ini.

Pemain berpengaruh, De Bruyne memulakan aksi awal musim ini dengan cemerlang menerusi lapan assist gol di EPL.

Namun keceder4an pangkal pahanya menghalang dia beraksi dalam dua perlaw4nan City yang lalu termasuk ketika pasukannya tewas mengejut 0-2 di tangan Wolves sekali gus ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool ketika ini.

Stones pula tepaksa direhatkan susulan keceder4an hamstring sejak pertengahan September iaitu kehilangan yang begitu dirasai oleh Guardiola selepas Aymeric Laporte menjalani pembed4han lutut.

Ketika ini City bergantung kepada Nicolas Otamendi di bahagian tengah manakala Fernandinho dikerah membantu memperkuat barisan benteng diketuai pemain Argentina itu.

Sergio Aguero turut tersisih ketika berdepan Jerman dan Ecuador dalam perlaw4nan persahabatan sambil jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mend4kwa dia berdepan masalah kecergasan dan tidak dapat menjalani latihan 100 peratus bersama kelabnya.

Bagaimanapun, Aguero kembali menjalani latihan dengan City bersama Stones dan De Bruyne, semalam.

City akan meneruskan aksi EPL menent4ng Crystal Palace awal pagi Ahad ini sebelum membuat perhitungan menent4ng Atalanta, dalam kempen Liga Juara-Juara di laman sendiri, pada Selasa. – Agensi 

Jadual Liga Perdana Inggeris

SABTU

Everton mln West Ham United, 7.30 mlm

AFC Bournemouth mln Norwich City, 10 mlm

Aston Villa mln Brighton, 10 mlm

Chelsea mln Newcastle United, 10 mlm

Leicester City mln Burnley, 10 mlm

Tottenham mln Watford, 10 mlm

Wolverhampton mln Southampton, 10 mlm

AHAD

Crystal Palace mln Manchester City, 12.30 mlm

Manchester United mln Liverpool, 11.30 mlm

 

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*