Top 20 pemilik pasukan terkaya Liga Perdana Inggeris

Duit tidak akan pernah menjaminkan kebahagiaan dan kejayaan. Duit bukan lah segala-galanya.

Sebanyak mana pun kekayaan yang dimiliki oleh sesebuah pasukan itu, belum tentu mereka akan selalu menang.

Pasukan Liverpool telah membuktikan pada musim ini mereka bukan lah pasukan yang kaya tetapi mereka kini adalah pasukan yang terhebat di dunia.

Jika ada yang berfikir Liverpool berjaya kerana duit anda telah melakukan do sa yang sangat besar. Untuk pengatahuan Liverpool bukan lah pasukan yang kaya seperti apa anda bayangkan.

Hakikatnya pemilik Liverpool hanyalah individu ke-12 terkaya di seluruh Liga Perdana.

Siapa yang memiliki pasukan bolasepak kesayangan anda adalah hal yang terpenting untuk anda tahu.

Sejak beberapa tahun ini, kita melihat semakin ramai orang-orang terkaya dunia sudah memiliki pasukan bolasepak dan menghabiskan wang yang banyak untuk pasukan mereka.

Di dalam Liga Perdana Inggeris terdapat 15 bilionair yang memiliki kelab dan ia telah didedahkan.

Senarai Pemilik Paling Kaya Dalam Liga Perdana

1) Shiekh Mansour | Manchester City | £23.3 bilion

2) Roman Abramovich| Chelsea | £9.6 bilion

3) Stan Kroenke | Arsenal | £6.8 bilion

4)Guo Guangchang | Wolves | £5.2 bilion

5)Nassef Sawiris | Aston Villa | £5 bilion

6) Aiyawatt Srivaddhanaprabha | Leicester | £4.6 bilion

7)Joe Lewis | Tottenham | £3.9 biliom

8)The Glazers | Manchester United | £3.6 bilion

9)Gao Jisheng | Southampton | £3.1 bilion

10)Joshua Harris | Crystal Palace | £2.7 bilion

11)Mike Ashley | Newcastle | £2.3 bilion

12)John Henry | Liverpool | £2.1 bilion

13)Farhad Moshiri | Everton | £1.5 bilion

14)Tony Bloom | Brighton | £1.3 bilion

15)David Sullivan & David Gold | West Ham | £1.2 bilion

16)Maxim Demin | Bournemouth | £900 juta

17)Abdullah Bin Musa’ed | Sheffield Utd | £198 juta

18)Gino Pozzo | Watford | £93 juta

19)Mike Garlick | Burnley | £62 juta

20)Delia Smith & Michael Wynn-Jones | Norwich | £23 juta

Punya lah kaya pemilik Manchester City ni sehinggi begitu jauh perbezaan kekayaan milik beliau dengan pemilik yang lain.

Tidak hairanlah melihat apa yang berlaku di Manchester City, pemilik pasukan mereka, Sheikh Mansour adalah individu paling kaya dalam senarai pemilik pasukan di Liga Perdana.

Mansour dan Abu Dhabi United Group telah membeli City pada tahun 2008 dan mereka telah membawa suasana berbeza di sana.

Mereka juga telah menaikkan taraf Manchester City sebagai salah sebuah pasukan gergasi di dunia kini.

Mereka banyak membelanjakan wang untuk pemindahan pemain serta menaik taraf segala hal di Stadium Etihad, pelaburan yang membuahkan hasil apabila pasukan City kini semakin berjaya dan peminatnya sudah kembali ramai.

Sebelum City dibeli, kali terakhir kelab itu memenangi Liga adalah pada tahun 1968 dan mereka telah menghabiskan banyak masa menjadi pasukan bawahan Liga serta pernah jatuh ke Liga Division Dua pada tahun 1997.

Sejak pengambilalihan ini berlaku, mereka telah menjadi kuasa besar dalam kancah bolasepak Inggeris, mereka telah memenangi empat gelaran liga, empat kejuaraan Piala Liga dan mereka juga telah memenangi dua Piala FA.

City telah mengatasi Chelsea apabila mereka memiliki pemilik pasukan yang lebih kaya.

Ketika Mansour mengambil alih pasukan City, era dominasi pasukan Chelsea dalam Liga sudah tidak sama lagi, seperti mula-mula Roman Abramovich melabur untuk mereka.

Jutawan Rusia itu sudah tidak berbelanja lebih untuk urusan perpindahan lagi dan beliau juga telah menghentikan pembinaan Stadium baru untuk pasukan The Blues selepas Visa British beliau gagal diperbaharui.

Pemilik pasukan Wolves Guo Guangchang berada didalam kedudukan antara yang terkaya juga didalam senarai pemilik pasukan di Liga Perdana.

Ini menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk melakukan sesuatu agar pasukan mereka menjadi lebih disegani sejak kembali beraksi semula dalam kancah Liga Perdana ini.

Hubungan mereka dengan super ejen, Jorge Mendes telah banyak membantu mereka untuk beraksi dalam liga.

Tetapi tidak tahu sejauh mana mereka boleh pergi dalam Liga atau pun pentas Eropah lain sekiranya pemilik benar-benar komited untuk melabur buat pasukan.

Pasukan Liverpool telah membuktikan bahawa menjadi kaya tidak bermakna akan berjaya. Pemilik mereka John Henry hanya berada di kedudukan ke-12 dalam senarai.

Tetapi dengan perbelanjaan yang cermat dan pengurusan yang cemerlang mereka telah menjadi pasukan terbaik dalam liga serta terbaik di dunia.

Setelah mencapai satu demi satu kejayaan bermula dari Liga Juara-Juara kemudian Super Cup dan FIFA Club World Cup. Mereka juga bakal memenangi Liga Perdana yang pertama untuk tempoh 30 tahun.

Bah kan Klopp mungkin akan memenangi Liga perdana dengan Invicible, dan dengan mudah dapat memecahkan rekod 100 mata City dalam satu musim Liga.

Dalam UEFA ada termaktub peraturan yang harus dipatuhi melibatkan pengurusan kewangan sesebuah pasukan itu.

Jadi selain mempunyai duit yang banyak sesebuah pasukan harus ada perunding yang bijak untuk mengurus semua urusan itu.

Kalau zaman dahulu mungkin benar lah bolasepak bukan perniagaan yang bagus, tapi untuk zaman sekarang bolasepak adalah satu industri perniagaan yang sangat membangun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*