Selangor 2 sedia harungi Liga Premier 2020

Pasukan simpanan, Selangor 2 bersedia untuk mengharungi saingan Liga Premier 2020 setelah memperkenalkan pasukannya secara rasmi, pada hari ini.

Pasukan bimbingan Pengarah Tekanikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner ini merupakan feeder team kepada pasukan Red Giants yang beraksi dalam saingan CIMB Liga Super 2020.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

YOU’VE HEARD ABOUT THEM, YOU’VE SEEN HOW THEY PLAY, PRESENTING… . SELANGOR 2 🔥 Swipe up story IG untuk baca pengumuman rasmi mengenai Selangor 2 sekarang! #RedGiants #FutureIsNow #KitaAdalahSatu

A post shared by Official FA Selangor (@faselangormy) on

Pemain-pemain yang membarisi skuad Selangor 2 terdiri daripada graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), pemain skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia pasukan Selangor dan PKNS FC musim lalu.

Selangor 2 juga merekrut beberapa pemain daripada pasukan lain seperti Mukhairi Ajmal (PKNP FC) dan Quentin Cheng (Central Coast Mariners). Hampir kesemuanya merupakan pemain muda dan berstatus pemain tempatan kecuali pemain tengah, Bajram Nebihi, 31 tahun yang berasal dari Kosovo.


Foto: MFL

“Untuk musim pertama ini, skuad Selangor 2 bakal dilengkapkan dengan penyertaan seorang pemain import dari Kosovo iaitu Bajram Nebihi dalam usaha untuk memastikan pasukan tersebut mampu memberikan saingan yang positif di liga tersebut selain memberi tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman bersama-sama para pemain muda Selangor.” tulis kenyataan rasmi FAS.

Difahamkan pemain-pemain muda ini bakal digilap untuk menjadikan mereka pemain-pemain skuad utama Red Giants pada masa hadapan. Justeru, FAS turut merekrut beberapa jurulatih berkaliber untuk membarisi barisan kejurulatihan bagi membantu Michael Feichtenbeiner merealisasikan perkara tersebut.


Penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel dan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal. Foto: NFDP

Antara jurulatih yang direkrut adalah bekas jurulatih penjaga gol negara dan Pelan Pembangunan BolaSepak Negara (NFDP), Lim Chuan Chin yang pernah menggilap bakat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias, serta bekas jurulatih kecergasan skuad bawah 22 negara yang juga pernah berkelana di liga Vietnam, Mashidee Sulaiman.

Berikut adalah senarai penuh skuad Selangor 2 bagi musim 2020:

Penjaga gol: Haziq Ridwan, Sikh Izhan, Firdaus Irman, Aqil Fadhly

Pertahanan: Sharul Nazeem, Harith Haiqal, Quentin Cheng, Aidil Azuan, Zikri Khalili, Azrin Afiq, Shivan Pillay, Iqmal Ramlan, Raja Imran

Pemain Tengah: Khairul Naim, Syazwan Salihin, Bajram Nebihi, Mior Dani, Fazrul Zeky, Saravanan Thirumurugan, Sharvin Selvakumaran, Faris Kamardin, Mukhairi Ajmal, Ashraf Nasir, Armin Maier

Penye rang: Ahmad Danial, Azizul Baharuddin, Nazrin Nasir

Foto: FA Selangor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*