Tiket perlawnan CIMB Piala Sumbangsih 2020 sudah habis dijual

Lebih 35,000 penyokong dijangka akan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim pada malam esok untuk menyaksikan perlawnan CIMB Piala Sumbangsih 2020 di antara pasukan JDT menentng Kedah.

Menurut Setiausaha Kehormat Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Kapten Mohd Anizam Jamian, sebanyak 11,000 keping tiket telah habis dijual di kaunter tiket Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Manakala baki tiket perlawnan telah diperuntukkan kepada Pas Bermusim (5,404), Jualan Dalam Talian (5,000), Boys of Straits (4,000), Pejabat Daerah (3,000), Kelab Penyokong JDT (1,200), Penyumbang Yayasan JDT (850), JDT (1,000), Malaysian Football League (500) dan para Penaja (3,000).

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ingin menjelaskan bahawa kesemua tiket yang ada (11,000 keping) telah habis dijual di…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, February 26, 2020

Bagaimanapun, timbul sedikit kekec0han di kaunter tiket apabila beberapa penyokong meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem jualan tiket sehingga terpaksa pulang dengan hampa.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada para penyokong disebabkan masalah seperti ini. Kami akan pastikan untuk berkongsi lebih banyak maklumat di masa akan datang bagi mengelakkan perkara-perkara seperti itu berlaku lagi,” kata Anizam dalam satu kenyataan rasmi.

FOTO: JST

 

Selain itu, penyokong Kedah turut diberi kuota 800 tiket termasuk tambahan 300 tiket daripada 500 tiket yang diperuntukkan sebelum ini.

Sejarah Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih cukup sinonim dengan skuad hijaukuning. Mana tidaknya Kedah pernah beraksi 7 kali bagi merebut piala tersebut.

Bermula musim 1991 dan menjuarai buat kali pertama pada tahun tersebut, pasukan Kedah merintis 6 lagi perlawnan sumbangsih pada musim 1994, 1997, 2008, 2009, 2017 dan 2018.

Dalam dua pertembungan terakhir Kedah dan JDT dalam aksi pembukaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2017 dan 2018, masing-masing telah merangkul 1 kejuaraan.

Untuk rekod, Kedah telah merangkul 3 kali kejuaraan pada musim 1991, 1994 dan 2017 manakala JDT telah merangkul kejuaraan sebanyak 4 kali iaitu pada musim 2015, 2016, 2018 dan 2019.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*